Lokasi KUBURAN yang UNIK : Kuburan di TENGAH TENGAH GEDUNG TINGGI
16.19
By
Parinong
Unik
0
comments
Sebuah
kubur yang terletak di atas bukit yang dikelilingi projek sebuah
bangunan kediaman di sini, utara China masih tidak dipindahkan.Kubur itu
dipercayai wujud sejak tahun 2004 lagi.Pihak pemaju meneruskan
kerja-kerja pembinaan di sekeliling bukit setinggi 10 meter itu selepas
keluarga si mati enggan memindahkan kubur tersebut.
Keluarga
si mati enggan menerima pampasan sebanyak AS$160,454 (RM488,903) yang
ditawarkan oleh pihak pemaju supaya memindahkan lokasi kubur itu.Pihak
keluarga si mati itu menunggu tarikh yang dianggap bertuah untuk
memindahkan kubur tersebut.
Kerja-kerja
pembinaan itu dijangka siap pada April tahun depan.Pada Ahad lalu,
media melaporkan pihak berkuasa China telah merobohkan rumah lima
tingkat yang terletak di tengah-tengah sebuah lebuh raya baharu dan
menjadi kontroversi baru-baru ini.
Ketua kampung Xiayangzhang, Chen Xuecai memberitahu AFP bahawa rumah itu diroboh selepas pemiliknya yang juga seorang penternak itik, Luo Baogen setuju untuk menerima pampasan sebanyak AS$41,000 (RM124,615) daripada pihak pemerintah.-Kosmo
0 comments: